Suasana tenang dikelilingi pohan menghijau, kicauan burung yang memeriahkan suasana pagi dan udara yang nyaman, inilah yang menanti anda di DIAMOND CREEKS COUNTRY RETREAT (DCCR) HOMESTAY. Rumah banglo dua tingkat yang telah dibina kira-kira 15 tahun yang lalu adalah impian suami yang mahu menjalani kehidupan dalam suasana kampung selepas bersara dari Angkatan Tentera Malaysia. Walaubagaimana pun disebabkan anak-anak masih belajar di Kuala Lumpur rumah ini hanya dijadikan sebagai tempat "retreat" hujung minggu atau apabila ada cuti am.Majlis -majlis keluarga seperti "family gathering" sering diadakan di sini. Bulan Februari yang lalu majlis perkahwinan anak sulung diadakan di sini kerana ruang rumah dan kawasan keliling yang luas.
Ditingkat atas terdapat 4 bilik( 3 ada penghawa dingin), 2 bilik air, dapur, ruang makan dan ruang rehat/menonton . Di bahagian sisi luar terdapat balkoni dan di sini anda boleh berehat sambil menikmati pemandangan luar rumah. Tingkat bawah pula adalah ruang berkonsep terbuka dan kegunaannya lebih kepada ruang santai, Terdapat dapur, bilik air, ruang makan yang boleh juga digunakan sebagai ruang tempat tidur sekiranya tetamu ramai kerana ruangnya besar. Sambil menikmati sarapan anda boleh melihat ikan-ikan yang berenang di dalam kolam di tepi ruang makan.
Anda suka beriadah bersama keluarga? Disisi luar rumah terdapat trek basikal bukit(downhill) yang juga boleh digunakan untuk menunggang motosikal motorcross(basikal dan motor disediakan dengan sedikit bayaran) atau aktibiti-aktibiti riadah yang lain. Bagi anak-anak kecil pula boleh bermain di dalam sungai kecil di belakang rumah. Manakala yang suka memancing boleh melakukan aktibiti ini di kolam berhampiran. Apabila sampai waktu makan tengah hari berkelah sambil bermandi manda tentu menyeronokkan dan terdapat beberapa kawasan yang sesuai mengikut pilihan anda.
Waktu petang pula anda boleh berehat atau pergi kepasar malam Tanjung Malim yang diadakan setiap hari Sabtu. Terdapat buah-buahan, berbagai jenis makanan dan bermacam-macam barangan yang dijual dengan harga yang agak murah. Kedai-kedai besar seperti JEKEL dan rangkaian kedai makanan KFC, PIZZA HUT dan SECRET RECIPE juga ada disini.
Apa pula acara waktu malam? Anda boleh mengadakan majlis BBQ yang disediakan oleh anda sendiri atau diuruskan oleh pihak homestay. Sambil makan anda boleh berkaraoke dengan lagu-lagu "oldies" untuk mama dan ayah dan lagu-lagu baru untuk anak-anak.
Pagi anda diambut dengan cuaca sejuk dan udara yang segar dikelilingi panorama hutan yang menghijau. Ooh!!!! nyamannya dan kedengaran kicauan burung dan dendangan unggas. Akan terdetik di dalam hati anda "alangkah tenangnya......alangkah damainya.........disini..." sambil menghirup udara segar sepuas hati.
APA TUNGGU LAGI JEMPUT LE DATANG.........
Hubungi : MEJ. JAMAL - 019-3528021 atau
E-Mail - jamaludin@hyperion.com.my
KADAR SEWA
1 bilik double bed (Air-cond)
1 bilik 2 single bed (Air-cond) -Berkongsi bilik air
1 bilik 1 single bed
RM250.00
+
Master bedroom (Air-cond & bilik air)
RM350.00
Check In: 1:00PM
Check Out: 12:00PM
Sewa untuk satu bilik atau untuk jangka waktu yang lama juga diterima dan kadar sewa boleh dibincang.
Homestay ini juga boleh menempatkan kumpulan yang besar iaitu lebih kurang 20 orang. Bantal dan toto akan disediakan dan kadar sewa akan ditentukan berdasarkan keperluan penyewa.
KEMUDAHAN
- TV dan Astro
- Peti ais & Kettle
- Air-conditioner
- Katil (Double & Single)
- Meja makan
- Iron
- Rice cooker
- Dapur gas, peralatan memasak dan peralatan hidangan (pinggang, gelas, cawan dan sudu)
- Washing machine (Auto)
BAGAIMANA MEMBUAT TEMPAHAN
1. Semak kekosongan dengan cara SMS/Tel: 019-3528021/016-3378021 atau E-Mail jamaludin@hyperion.com atau yati_nawawi@yahoo.com.
2. Maklumkan samaada sewa seluruh rumah atau bilik sahaja berserta tarikh masuk dan keluar.
3. Buat pembayaran deposit sekurang-kurangnya RM50.00 dan 'booking' tuan/puan hanya sah apabila deposit telah diterima. Deposit akan dikembalikan sekiranya pembatalan dimaklumkan sekurang-kurangnya 10 hari dari tarikh tempahan. Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya tuan/puan gagal berbuat demikian.
4. Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank : DIAMOND CREEKS ENTERPRISE NO. AKAUN 512679307848. Baki bayaran hendaklah dibayar secara tunai semasa menerima kunci daripada pihak kami.
TERMA DAN SYARAT
- Perkhidmatan mengemas rumah tidak disediakan. Jaga kebersihan dan buang sampah di tempat yang disediakan.
- Keselamatan anda dan barangan anda adalah tanggung jawab sendiri.
- Elakkan pembaziran oleh itu matikan semua suis apabila keluar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan