Jumaat, 8 Januari 2016

Gunung Liang Timur dan Barat

GUNUNG LIANG TIMUR / BARAT (28.11.2015)

HARI PERTAMA
Assalamualaikum dan selamat sejahtera . Pada 28.11.2015 admin telah menyertai ekspidisi ke Gunung Liang Timur dan Barat . Terlebih dahulu admin ingin bercerita tentang latar belakang Gunung Liang. Gunung Liang terletak di Behrang Ulu,Tanjung Malim.Gunung ini mempunyai 2 puncak iaitu Gunung Liang Timur  dan Barat,kedua-dua puncak ini hanya bersebelahan dan hanya mengambil masa 5 minit untuk sampai dari puncak barat ke timur. Puncak Barat berada pada ketinggian 6242 kaki dari paras laut dan puncak barat berada pada 6343 kaki dari paras laut.Gunung Liang juga berada berdekatan dengan sempadan diantara negeri Perak dan Pahang.kebiasaan nya jika melalui lebuhraya utara selatan anda akan keluar di Tol Behrang atau Tanjung Malim. Ianya mengambil masa 30minit untuk sampai ke Kg Sungai Sekiah iaitu jalan utama untuk sampai ke kaki gunung liang yg terletak di loji air kampung sungai dara.
Pada jam 8 pagi kami bertemu di Kampung Sungai Dara untuk melaporkan diri pada ketua ekspedisi kami selesai semua ..kami menuju ke loji air kampung sungai dara bersiap2 membahagikan barang2 makanan dan peralatan memasak..selepas siap semua kami berkumpul semula untuk mendengar sedikit briefing oleh ketua ekspedisi..tepat jam 9pagi kami memulakan perjalanan hujung jalan..setelah sampai kehujung jalan tibanya laluan tidak berturap iaitu offfroad..sepanjang perjalanan selama 2jam30minit melintasi beberapa anak sungai dan permukaan bumi yg agak landai kami sampai ke kem yg pertama yg dipanggil kem Lubok Hantu..perjalanan berhenti seketika sambil menunggu peserta2 yg lain sampai..admin sempat berehat dan makan makanan yg dibekalkan..setelah siap makan kami semua menyiapkan barang2 untuk dibawa sepanjang pendakian menuju ke puncak Gunung Liang..setelah sejam di kem lubok Hantu..pendakian dimulakan dengan lafas bismillah..pendakian ini mengambil masa 4 jam untuk sampai ke campsite yg kedua iaitu Kem 7e ..sepanjang perjalanan yg mendaki adalah agak memenatkan..pada ketika ini lah ketahanan mental dan fizikal diperlukan..4 jam berlalu dan kami sampai di Dataran Kem 7e yg berada pada ketinggian 1400m dari paras laut....suhu yg dingin di sini membuat kan kami terasa mcm nak tidur kat sini jer..sejam kami disini untuk menunaikan solat zohor dan berehat..kami memulakan perjalanan dari kem 7e ke puncak..dari kem 7e mengambil masa 45minit saja untuk sampai kepuncak bergantung kepada stamina..dipermulaan perjalanan agak mendaki sebelum sampai dikawasan permatang..pejalanan mulai landai dan relax..suasana semakin bertukar suhu semakin sejuk dan pokok2 balak sudah tiada…hanya yg ada pokok2 yg dipenuhi lumut dan bonzai..perjalanan yg berselut bermakna sudah hampir sampai ke puncak..tepat jam 530petang group yg pertama sampai kepuncak seramai 5 orang termasuk admin..perasaan yg susah digambarkan kerana berjaya menawan Gunung Liang barat..semua mcm biasa tangkap gambar sambil admin masik terbaring kepenatan..suhu kat atas sejuk sangat pada masa tu..tak tertahan..kami pon selfie2 dan pergi ke puncak gunung liang timur yg berada 5minit dari puncak gunung liang barat..selesai selfie kami bergerak ke puncak barat..pada mulanya kami nak tengok sunset…tapi malangnya pandangan ditutup oleh kabus tebal dipuncak..oleh kerana suhu yg sangat sejuk dan kabus menutup seluruh permandangan..tepat jam 630 petang group yg pertama sampai memulakan perjalanan turun..dalam perjalanan turun kami masih lagi berselisih dengan peserta yg lain yg masih berjalan untuk sampai kepuncak..perjalanan turun mengambil masa 5jam untuk sampai ke Base Camp kami di kem Lubok Hantu.Jam 1030 kami sampai di base camp..khemah semua telah siap didirikan dan makan juga telah disiapkan..admin dengan pantas menukar baju dan tiruk kedalam sungai..siap mandi2 semua pakai baju dan solat..kami makan bersama2 berbekalkan lauk ayam masak lemak dengan sayur campur dan air kopi…fuhhhh mmg terbaik giler…selesai makan admin pon menyiapkan kelengkapan tidur..masuk kedalam sleeping bag dan terus pejam mata..

HARI KEDUA
Bangun pagi mmg puas giler tidur..kami sarapan nasi goreng belacan yg dibuat oleh chef ekspedisi..dan air kopi..siap makan kami melakukan aktiviti tiruk..air yg sangat sejuk dan fresh mmg best..selesai aktiviti tiruk..kami bersiap2 untuk pulang..pada jam 1 tengahari kami wefie dan memulakan pejalanan pulang..pada jam 3 petang kami sampai di loji air Sungai Dara…semua kepenatan dan bersiap untuk pulang…kami semua bersalam-salaman dan pulang..sekian ..



 Gunung Liang Timur


 struktur beirut yg masih kukuh


Gunung Liang Barat


Dataran 7E @ Kem 7E


Puncak Gunung Liang 


 pokok yg dipenuhi lumut mmg osem


Denai sepanjang perjalanan di Puncak


Permandangan Gunung Liang Timur


Selasa, 8 Disember 2015

MULA BEROPERASI :)

Telah agak lama blog nie sunyi sepi kerana penulis sibuk dengan urusan-urusan yang lain.Aktiviti-aktiviti Homestay juga diperlahankan kerana kerja penambahbaikan dibeberapa bahagian rumah.Pembinaan yang agak signifikan ialah bilik solat ditingkat bawah yang lengkap dengan tempat wuduk untuk memudahkan pengunjung beribadat.Sekiranya kumpulan ramai boleh ambil kesempatan untuk solat berjemaah dan majlis tazkirah.Kami masih mengekalkan kadar sewa yang lama iaitu RM350.00 bagi keseluruhan rumah ditingkat atas yang mengandungi :-

  • "KIJANG"  1xdouble bed+ 1xsingle (ac)
  • "PELANDUK"  2xsingle bed (ac)
  • "KANCIL"  1xsingle bed   *bilik air berkongsi

  • "NAPUH"  1xdouble bed (ac dan bilik air)

Check in   : 1.00 pm
Check out : 12.00pm

Ahad, 29 Mac 2015

HARI HARI YANG BERLALU

Dah begitu lama tak menulis sebuk dengan macam2 hal dalam kepala banyak benda nak tulis tapi susah nak dapatkan waktu bila mood nak bercerita tu datang. Sekarang rasanya nak istiqamah menulis dapat le juga meluahkan isihati, berkongsi pengalaman hidup dan untuk dijadikan kenangan bila dah sangat2 tua nanti(i.e bila tangan dah tak boleh gerak). Aktibiti setiap hari sekarang ni ialah belajar mengaji dan menghadiri majlis2 ilmu ialah dah tua2 ni apa lagi nak buat kena kumpul bekalan untuk hidup dialam yang satu lagi. Dulu bertungkus lumus cari dunia kadang2 ibadat pun entah kemana sekarang kena le tumpukan banyak masa nak cover masa2 yang dah hilang...kena kerja kuat untuk akhirat. Rasanya lagi banyak belajar lagi banyak perkara yang tak tahu sebab tu lah belajar tu hukumnya wajib kerana ilmu allah tu amat luas tak kan habis2. Sampai sekarang pun masih lagi tanya ustaz tentang bab solat wpun dah solat berpuluh2 tahun, wpun dah lama mengaji masih juga salah hai! begitu le kalau dah tua baru nak belajar mengaji memang agak susah sebab lidah dah keras macam kayu tapi mengaji tetap mengaji wpun kawan2 gelakkan tak kesah le ye... mana tak gelak baris atas baca baris bawah yang tak mati dimatikan ustaz pun pening tapi bagus sangat ustaz sabo je....dah nak buat macam mana ngajo orang tua2.Sambil mengaji tengok2 juga tafsir, masyaallah terlalu banyak ilmu dalam alquran bukan saja menerangkan pasal ibadat tetapi ilmu sains(contoh kejadian manusia) ilmu keibubapaan( rujuk surah lukman) kejadian alam, hukum2 jadi kalau baca quran dan fahami betul2 maknanya kita tak akan pertikaikan hukum hudud kerana perlaksanaan hukum ini adalah perintah allah seperti mana kita diperintahkan untuk melakukan ibadat solat dan ibadat2 yang lain.Tak pandai le pulak nak berbahas pasal hudud tapi kalau allah dah perintahkan bermakna inilah hukum yg terbaik jadi kenapa tak buat? Ha!!!!! sapa nak jawap ni. Entah le.... kita ni orang kecik2 je suara pun tak kuat yang boleh buat hanyalah berdoa semoga suatu hari nanti kita ikut Brunai yang telah pun berjaya melaksanakan hukum hudud tapi bila ye? 10 tahun 20 tahun 50 tahun lagi? masa tu saya dah tak ujud dah...mari lah kita sama2 berdoa. Dulu bila sebut pasal jin dan hantu rasa takut sangat tapi setelah lama mengaji perasaan takut tu dah hilang le sikit kerana dah faham jin adalah makhluk allah macam kita cuma mereka hidup dialam yg lain yang kita tak nampak kalo nampak boleh domam 2 minggu agaknya kerana ada yang bertaring ada yang bertanduk muka berbulu dan rupa yang hodoh. Boleh baca surah Jin untuk tahu lebih lanjut. Nanti saya akan cerita sikit pasal jin agak menarik...

Rabu, 20 Jun 2012

Selamat Datang ke Diamond Creeks Country Retreat Tanjung Malim Homestay




Suasana tenang dikelilingi pohan menghijau, kicauan burung yang memeriahkan suasana pagi dan udara yang nyaman, inilah yang menanti anda di  DIAMOND CREEKS COUNTRY RETREAT (DCCR) HOMESTAY. Rumah banglo dua tingkat yang telah dibina kira-kira 15 tahun yang lalu adalah impian suami yang mahu menjalani kehidupan dalam suasana kampung selepas bersara dari Angkatan Tentera Malaysia. Walaubagaimana pun disebabkan anak-anak masih belajar di Kuala Lumpur rumah ini hanya dijadikan sebagai tempat "retreat" hujung minggu atau apabila ada cuti am.Majlis -majlis keluarga seperti "family gathering" sering diadakan di sini. Bulan Februari yang lalu majlis perkahwinan anak sulung diadakan di sini kerana ruang rumah dan kawasan keliling yang luas.

Ditingkat atas terdapat 4 bilik( 3 ada penghawa dingin), 2 bilik air, dapur, ruang makan dan ruang rehat/menonton . Di bahagian sisi luar terdapat balkoni dan di sini anda boleh berehat sambil menikmati pemandangan luar rumah. Tingkat bawah pula adalah ruang berkonsep terbuka dan kegunaannya lebih kepada ruang santai, Terdapat dapur, bilik air, ruang makan yang boleh juga digunakan sebagai ruang tempat tidur sekiranya tetamu ramai kerana ruangnya besar. Sambil menikmati sarapan anda boleh melihat ikan-ikan yang berenang di dalam kolam di tepi ruang makan.

Anda suka beriadah bersama keluarga? Disisi luar rumah terdapat trek basikal bukit(downhill) yang juga boleh digunakan untuk menunggang motosikal motorcross(basikal dan motor disediakan dengan sedikit bayaran) atau aktibiti-aktibiti riadah yang lain. Bagi anak-anak kecil pula boleh bermain di dalam sungai kecil di belakang rumah. Manakala yang suka memancing boleh melakukan aktibiti ini di kolam berhampiran. Apabila sampai waktu makan tengah hari berkelah sambil bermandi manda tentu menyeronokkan dan terdapat beberapa kawasan yang sesuai mengikut pilihan anda.

Waktu petang pula anda boleh berehat atau pergi kepasar malam Tanjung Malim yang diadakan setiap hari Sabtu. Terdapat buah-buahan, berbagai jenis makanan dan bermacam-macam barangan yang dijual dengan harga yang agak murah. Kedai-kedai besar seperti JEKEL dan rangkaian kedai makanan KFC, PIZZA HUT dan SECRET RECIPE juga ada disini.

Apa pula acara waktu malam? Anda boleh mengadakan majlis BBQ yang disediakan oleh anda sendiri atau diuruskan oleh pihak homestay. Sambil makan anda boleh berkaraoke dengan lagu-lagu "oldies" untuk mama dan ayah dan lagu-lagu baru untuk anak-anak.

Pagi  anda diambut dengan cuaca sejuk dan udara yang segar dikelilingi panorama hutan yang menghijau. Ooh!!!! nyamannya dan kedengaran kicauan burung dan dendangan unggas. Akan terdetik di dalam hati anda  "alangkah tenangnya......alangkah damainya.........disini..." sambil menghirup udara segar sepuas hati.
                                                                                       
                                     APA TUNGGU LAGI JEMPUT LE DATANG.........

                                           Hubungi    : MEJ. JAMAL - 019-3528021  atau
                                                               E-Mail - jamaludin@hyperion.com.my

KADAR SEWA


1 bilik double bed (Air-cond)        
1 bilik 2 single bed (Air-cond) -Berkongsi bilik air
1 bilik 1 single bed
 RM250.00
           +
Master bedroom (Air-cond & bilik air)
RM350.00
     
Check In: 1:00PM
Check Out: 12:00PM

Sewa untuk satu bilik atau untuk jangka waktu yang lama juga diterima dan kadar sewa boleh dibincang.

Homestay ini juga boleh menempatkan kumpulan yang besar  iaitu lebih kurang 20 orang. Bantal dan toto akan disediakan dan kadar sewa akan ditentukan berdasarkan keperluan penyewa.

KEMUDAHAN

  • TV dan Astro
  • Peti ais & Kettle
  • Air-conditioner
  • Katil (Double & Single)
  • Meja makan
  • Iron
  • Rice cooker
  • Dapur gas, peralatan memasak dan peralatan hidangan (pinggang, gelas, cawan dan sudu)
  • Washing machine (Auto)




BAGAIMANA MEMBUAT TEMPAHAN

1. Semak kekosongan dengan cara SMS/Tel: 019-3528021/016-3378021 atau E-Mail jamaludin@hyperion.com atau yati_nawawi@yahoo.com.

2. Maklumkan samaada sewa seluruh rumah atau bilik sahaja berserta tarikh masuk dan keluar.

3. Buat pembayaran deposit sekurang-kurangnya RM50.00 dan 'booking' tuan/puan hanya sah apabila deposit telah diterima. Deposit akan dikembalikan sekiranya pembatalan dimaklumkan sekurang-kurangnya 10 hari dari tarikh tempahan. Deposit tidak akan dikembalikan sekiranya tuan/puan gagal berbuat demikian.

4. Pembayaran boleh dibuat melalui akaun Maybank : DIAMOND CREEKS ENTERPRISE NO.  AKAUN 512679307848. Baki bayaran hendaklah dibayar secara tunai semasa menerima kunci daripada pihak kami.


TERMA DAN SYARAT
  •  Perkhidmatan mengemas rumah tidak disediakan. Jaga kebersihan dan buang sampah di tempat  yang disediakan.
  •  Keselamatan anda dan barangan anda adalah tanggung jawab sendiri.
  •  Elakkan pembaziran oleh itu matikan semua suis apabila keluar.








Selasa, 19 Jun 2012

Galeri








                                          Pemandangan keseluruhan rumah dari hadapan

                                       
                                         Taman kecil depan tangga ketingkat atas




                                          Master bedroom
                               
                                       
                                          Ruang rehat/menonton di tingkat atas



                                          Kolam memancing berhampiran rumah



                                          Tempat letak kereta



                                   

                                          Sungai kecil di belakang rumah




                                                   Bilik air





                                          Sangkar burung di sisi rumah



                                          Ruang rehat di tingkat bawah







                                         Akuarium




                                         Dapur di tingkat atas


                                                   Ruang makan di tingkat atas




                                          Bilik no.3




                                          Ruang rehat tingkat atas di sebelah ruang makan





                                          Dapur di tingkat bawah





                                          Ruang makan di tingkat bawah





                                         Ruang makan di tingkat bawah


                                 




                                         bilik no. 3



                                                    Tempat cuci tangan di tingkat bawah



                                                   Bilik no. 2



                                 



                                          Kolam ikan di tepi ruang makan di tingkat bawah